MLBB, Roblox, Genshin… Nak Level Up Dalam Game Atau Dalam Hidup
9 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniSesi ini mengajak pelajar melihat dunia permainan popular seperti MLBB, Roblox dan Genshin bukan sekadar hiburan. Perkongsian menekankan bahawa konsep “level up” dalam game boleh dijadikan inspirasi untuk kehidupan sebenar – membina disiplin, strategi, kerjasama, dan keyakinan diri.
Peserta diajar bahawa kejayaan dalam hidup memerlukan usaha berterusan, sama seperti naik tahap dalam permainan. Dengan panduan ini, komuniti pelajar digalakkan menjadikan minat terhadap game sebagai motivasi untuk berkembang secara positif dalam pelajaran dan masa depan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: