Kempen Internet Selamat: Dunia Digital Tanggungjawab Nyata
7 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2026, satu webinar bertajuk “Kempen Internet Selamat: Dunia Digital Tanggungjawab Nyata” telah diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab dalam penggunaan dunia digital secara selamat dan beretika.
Sepanjang sesi, peserta diberi pendedahan mengenai cabaran keselamatan siber, kepentingan melindungi maklumat peribadi, serta peranan individu dalam memastikan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab. Webinar ini diharap dapat membentuk komuniti digital yang lebih berwaspada dan beretika dalam menghadapi era teknologi moden.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: