Kidsventure Live Webinar: Operasi Perniagaan
7 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2026, satu webinar bertajuk “Kidsventure Live Webinar: Operasi Perniagaan” telah diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini memberi fokus kepada pendedahan awal tentang konsep operasi perniagaan kepada golongan muda.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan asas pengurusan perniagaan, kepentingan strategi operasi, serta cara membuat keputusan yang berkesan dalam menguruskan sumber. Webinar ini diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih celik perniagaan dan bersedia menghadapi cabaran dunia keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: