Open Tuition Bahasa Melayu
5 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2026, DILEA telah menganjurkan kelas Open Tuition Bahasa Melayu yang berlangsung dalam dua sesi, iaitu pada pukul 9.15 pagi hingga 10.15 pagi dan 3.30 petang hingga 4.30 petang.
Kelas ini memberi fokus kepada pelajar sekolah menengah dengan tujuan meningkatkan pemahaman terhadap subjek Bahasa Melayu. Selain itu, guru turut menekankan teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan agar pelajar lebih bersedia menghadapi peperiksaan.
Program ini diharap dapat membantu pelajar menguasai Bahasa Melayu dengan lebih mendalam serta membina keyakinan dalam menjawab soalan peperiksaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: