Wellbeing NADI-Care: Makan Banyak Ke Sikit
3 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2026, satu program bertajuk “Wellbeing NADI-Care: Makan Banyak Ke Sikit – Jom Belajar Cara Kira Makanan untuk Turun Berat” telah diadakan di laman sesawang NADI. Program ini memberi fokus kepada kesedaran pemakanan sihat serta teknik mengira jumlah makanan yang sesuai untuk menurunkan berat badan.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan kaedah praktikal dalam mengawal pengambilan kalori, memahami keperluan nutrisi harian, serta kepentingan gaya hidup seimbang. Program ini diharap dapat membantu masyarakat mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat dan berkesan dalam usaha mengekalkan berat badan ideal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: